10 Gambar – Farahdhiya Kongsi pengalaman terima gambar lucah budak 16 tahun

Farahdhiya Kongsi pengalaman terima gambar lucah budak 16 tahun|Seram dengar cerita penyanyi jelita Farahdhiya berkongsi kisah pernah menerima gambar lucah budak lelaki dibawah umur yang berusia 16 tahun di Instagram miliknya.

Farahdhiya, 33, berkata perkara itu bukan pertama kali diterimanya sehingga dia terpaksa menyekat individu sebegitu daripada terus mengganggunya.

“Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!

“Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.

“Apa tak ada perasaan malu ke?” katanya.

Lebih membuatkan dia rasa kecewa, kebanyakan yang berani menghantar gambar sebegitu adalah daripada kalangan remaja yang masih bergelar pelajar sekolah berdasarkan identiti dalam profil.

Dalam pada itu tambah penyanyi Bertakhta Di Hati ini lagi, dia tidak berniat untuk membuat laporan polis namun lega dapat menyekat akaun individu terbabit.

Di satu sisi kata pemilik Farahdhiya Mohamed Amin ini lagi, dia kini sering mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap hal kerana agak trauma dengan kes cabul dan rogol di luar sana.

“Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri,” katanya.

Malah katanya, dia tidak akan sesekali menyatakan lokasi atau berkongsi lokasinya di Instagram bagi tujuan keselamatan.

“Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada. Perkara tersebut jelas mengundang bahaya,” akhirinya.

One Reply to “10 Gambar – Farahdhiya Kongsi pengalaman terima gambar lucah budak 16 tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *